Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, menegaskan dia tidak bersetuju dengan cadangan soalan peguam bela, Ram Singh yang menyatakan dirinya serta Firdaus Wong membuat konspirasi.<br /><br />Pakar motivasi itu turut tidak bersetuju bahawa sebarang hantaran media sosial berkaitan isu berkenaan serta pertemuan dengan pengadu (identiti tidak boleh didedahkan) di Bukit Aman pada 7 Ogos 2021 adalah bertujuan bagi merosakkan reputasi tertuduh.
